 |
 |
 |
 |
 |
|
Feb 21, 2006
CERITA SINGAPURA: KELEBIHAN DAN KEMULIAAN BULAN MUHARAM

Assalamualaikum pada semua. Pada bulan Muharam yang mulia ini, Qari harap semuanya sedang sibuk beribadah dan berpuasa. Disini Qari ada siarkan kelebihan dan kemuliaan bulan Muharam yang mulia ini. Qari harap semua yang baca dapat menfaatkannya.
Kelebihan & Amalan pada Hari Assyuuraa'
Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!.
ˇ Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
- dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
- dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
- dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
- dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
- dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
- dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
- dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
- dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
- dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
ˇ 1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
- 2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
- 3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
- 4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
- 5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
- 6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
- 7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
- 8. Allah menenggelamkan Fir'aun
- 9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
- 10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa' . Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim).
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim).
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari).
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
Dari itu, marilah kita bersama sama beribadat dan berpuasa dibulan Muharam ini semoga kita dapat keredaan dari Allah Ta'alla.Amin.
Posted at 06:42 pm by 786qari
Permalink
Feb 6, 2006
KERATAN BERITA AKHBAR TENTANG TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN SINGAPURA 2006

Salam sejahtera untuk semua peminat TILAWAH AL QURAN DI SINGAPURA. Qari ucapkan semuanya dalam sejahtera. Qari ingin memberitahu pada semua peminat tilawah al quran yang Muis ada siarkan disuratkhabar hari ini bersamaan 6 Muharam 1427 Berita Minggu pada muka surat 8 tentang peryertaan MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN KEBANGSAAN SINGAPURA 2006 untuk semua peringkat usia hingga ke 50 tahun.
Qari sangat gembira sekali bahwa Muis mengubah sistem mereka tentang Musabaqah Tilawah Al Quran kepada tiap tiap tahun untuk semua peserta musabaqah menyertainya. Pada tahun tahun yang sudah, sistem mereka untuk adakan musabaqah secara terbuka hanyalah dua tahun sekali. Iaitu, untuk tahun pertama diadakan secara terbuka untuk semua peserta dan tahun kedua hanya pada finalis finalis sahaja dan bukan secara terbuka. Ia akan diadakan secara terbuka semula pada tahun ketiga.
Qari rasa sistem begitu tidak mengalakkan peminat Tilawah Al Quran untuk terus maju. Malah ia akan membuat mereka yang berminat dalam bidang taranum Al Quran berkurangan dalam masyarakat Islam Singapura.
Mujurlah Muis mengambil tindakan lebih awal dan Qari harap semua peminat peminat tidak sabar lagi untuk tunggu ketibaan musaqah tilawah al quran ini. Disini Qari ada siarkan terbitan akhbar berita minggu tentang Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Singapura.
Qari harap semoga kita sama sama berusaha menarik minat masyarakat Islam di Singapura kearah budaya membaca Al quran. Insyaallah.
Posted at 02:42 pm by 786qari
Permalink
Nov 3, 2005
UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI 2005
Salam sejahtera buat semua umat Islam diSingapura selamat menyambut Hariraya Aidilfitri yang mulia ini. Perginya Ramadan dan datangnya Syawal membuat Qari begitu shadu dan pilu kerana Ramadan akan kembali tahun hadapan. Itupun kalau dipanjangkan umur Qari, supaya kuat beribadat dan beramal soleh.
Disini Qari ingin memohon ampun dan maaf zahir dan bathin kepada semua peminat Qari yang singgah diblog ini dan juga pada semua umat Islam Singapura yang Qari kenali. Qari juga ingin ingatkan bahwa apabila Ramadan pergi dan Syawal datang, kita perlu terus beribadat dan beramal soleh supaya kita senang diakhirat sana. Semua amalan yang kita lakukan adalah untuk kampung kita diakhirat sana. Janganlah kita selalu risau tentang kehidupan kita disini yang hanya sementara. Sedangkan kampung akhirat kekal selamanaya. Seperti dalam Firman Allah Ta'alla yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian mereka di akhirat; Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka; dan bagi mereka, azab yang pedih."(Surah Al Imran 3 Ayat:77)
Banyaklah kita ingat Allah dengan berzikir, bertahmid, bertahlil, membaca Al Quran dengan berTARANUM dan sebagainya dibulan Shawal yang mulia ini. Dan banyak banyaklah berdoa kepada Allah Ta'alla supaya diberi keselamatan diakhirat nanti. Minta tolonglah pada Allah atas keselamatan akhirat kamu. Tiada sesiapa yang boleh menolong kamu hanya Allah Ta'alla. Allah saja hanya tempat kamu bergantung.
Akhir sekali Qari ingin ucapankan selamat menyambut Hariraya Aidilfitri dan mohon maaf zahir bathin. Qari berdoa:
Ya Allah Ya Tuhanku, dengan keikhlasan kata kataku ini, aku mengaku Kau Tuhanku Ya Allah tiada ku sembah melainkan Kau Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku dan aku mengaku dengan keikhlasan hatiku yang Nabi Muhammad itu Nabiku dan Kekasih Kau Allah.
AllahuAkhbar, AllahuAkhbar, AllahuAkhbar.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku berdoa padaMU bagagaimana aku membela Al Quran KitabMu disini, Kau belalah aku diakhirat sana.
Ya Allah Ya Tuhanku, bagaimana aku memuliakan Ahli QuranMu dibulan Ramadan, Kau muliakanlah aku diakhirat sana Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, bagaimana aku tolong menghantar Qari Mesir kemasjid masjid membaca Al Quran dibulan Ramadan, Kau tolonglah dan selamatkan aku diakhirat dari ahzab ahzabMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, kau dengarlah kata kata ikhlasku ini.Amin
Posted at 11:18 am by 786qari
Permalink
Oct 25, 2005
KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR

ALHAMDULULAH dengan rahmat-Nya jua Qari berkesempatan berada di bulan Ramadan iaitu bulan rahmat, bulan keberkatan, bulan kesejahteraan, bulan keampunan, kebaikan dan pahala. Bulan Ramadan memberi kesempatan yang amat baik bagi umat Islam diSingapura meningkatkan kualiti iman dan takwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan mengerjakan amal ibadat, kerana di dalamnya terdapat Lailatulqadar yang nilai ibadahnya lebih baik daripada seribu bulan.
Malam Lailatulqadar adalah suatu malam yang paling utama di antara malam-malam yang ada di bulan Ramadan bahkan sepanjang tahun. Ia adalah malam yang penuh keberkatan dan mempunyai keistimewaan. Melakukan amal ibadat di malam tersebut adalah lebih baik ganjarannya dari melakukan amal ibadat selama seribu bulan.
Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3:
Tafsirnya: Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan."
Lailatulqadar adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala hanya untuk umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berlaku setiap kali bulan Ramadan sepanjang tahun sampai Hari Kiamat. Lailatulqadar ialah malam kemuliaan, malam keselamatan, malam kelimpahan rahmat Allah, iaitu satu malam yang mengandungi peristiwa penting bagi kemuliaan insan. Malam penuh kelebihan dan keistimewaan yang berlaku di bulan Ramadan dengan mempunyai keutamaan seperti ber- ikut :-
1. Malam diturunkan Al-Quran Al-Karim.
2. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
3. Malam Malaikat Jibril Alaihissalam turun untuk mengatur segala urusan dengan izin Allah.
4. Malam penuh kesejahteraan.
Adapun hikmat disembunyikan Lailatulqadar itu (tidak ditentukan malamnya secara khusus) ialah supaya kita dapat menghidupkan semua malam di bulan Ramadan yang mubarak ini dengan berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada setiap malam, barangsiapa sahaja di antara kamu yang beruntung dan tepat beribadat pada malam-malam yang mubarak itu, maka dialah yang mendapat keuntungan yang sangat besar dan bertuah sekali.
Disebabkan untuk mendapatkan Lailatulqadar itu masih berkemungkinan ada, walaupun tidak siapa yang tahu dan dapat memastikannya dengan tepat bilakah datangnya Lailatulqadar itu, kerana mengikut setengah hadis mengatakan bahawa Lailatulqadar itu ialah di malam sepuluh terakhir bulan Ramadan sepertiman:
Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari dari Saiyidatina Aisyah Radiallahuanha bermaksud : "Carilah dengan berhati-hati Lailatulqadar di malam-malam yang ganjil dari sepuluh terakhir bulan Ramadan."
Bahkan Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam sendiri menghidupkan sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan itu dengan membanyakkan amal ibadat kepada Allah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidatina Aisyah Radiallahuanha yang bermaksud : "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadan, sehingga Baginda wafat kemudian dihidupkan (disunatkan) iktikaf selepasnya oleh para isteri Baginda."
Dari keterangan hadis di atas adalah jelas menunjukkan betapa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri lagi berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga Baginda mengurangkan tidurnya demi mendapatkan Lailatulqadar yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tidak terkira itu. Oleh sebab itu Qari rasa marilah kita mengambil kesempatan berusaha menghidupkan malam Ramadan dengan melakukan amal ibadat pada malam-malam Ramadan ini dengan sebaik-baik mungkin seperti :
1. Beriktikaf di masjid.
2. Sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir.
3. Membanyakkan membaca Al-Quran dan bertedarus beramai-ramai.
4. Membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala.
5. Membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.
Qari berharap, mudahan-mudahan dengan kesungguhan dan keikhlasan kita berpuasa, bersembahyang, mengamalkan membaca Al-Quran dan kesungguhan mencari malam Lailatulqadar akan membersihkan kita dari dosa-dosa dan diangkat darjat kita kepada darjat orang-orang muqarrabin. Amin
Posted at 03:13 pm by 786qari
Permalink
Oct 21, 2005
MALAM NUZUL AL QURAN DI BULAN RAMADAN

Syukur Qari kepada Allah hingga kehari ini dihidupkan Qari supaya dapat Qari beramal soleh sepanjang hayat Qari. Pada malam ini, kita sama sama dapat menyambut malam NUZUL AL QURAN BAGI kita mempertingkatkan lagi amalan kita dengan penuh ketaqwaan dan tulus ikhlas kita kepada Allah Subhanahu Wataala lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mubarak ini, dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi diri kita dari segala apa jua yang dilarang. Semoga kita mendapat Inayah dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wataala jua di dunia dan di akhirat.
Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai âNuzul Al-Quranâ. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud
âBulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salahâ.
Qari berpendapat sebagai umat Islam memang sewajarnya memperingati peristiwa ini dengan rasa penuh syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana telah memilih kita di kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diturunkan kitab suci Al-Quran.
Dengan turunnya Al-Quran ke atas Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bererti memancarnya cahaya sinar wahyu Allah Subhanahu Wataala ke alam ini yang menerangi kegelapan dunia Jahilliah hingga ke hari ini.
Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan untuk memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan yang lurus yang diredhai Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang dinyatakan oleh
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat 1 yang bermaksud:
âAlif, Lam, Raa, ini adalah kitab Al-Quran kami turunkan dia kepada mu wahai Muhammad, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita ( kufur ) kepada cahaya iman dengan izin Allah yang kuasa lagi Maha terpuji."
Untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat, Al-Quran telah cukup lengkap dan sempurna memberikan panduan, asal saja kita mahu mengamalkan isi yang terkandung di dalamnya. Disamping itu juga Qari berpendapat Al-Quran menjadi ubat penawar bagi sekelian manusia dan sesungguhnya menjadi rugi dan binasalah sesiapa yang tidak mahu berpegang kepada Al-Quran dan beramal dengan ajaran Al-Quran.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Israaâ ayat 9 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul ( Agama Islam ) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".
Disamping memperingati Nuzul Al-Quran ini, maka Qari selaku orang yang mengaku beriman dengan kitab Allah itu dan pembela kitab Allah ini, Qari berazam bukan sahaja untuk sama-sama memelihara Al-Quran akan tetapi hendaklah juga mempertingkatkan keimanan Qari dengan menjadikan diri Qari sebagai ahli Al-Quran. Jangan ianya dijadikan sebagai perhiasan di rumah-rumah sedangkan ianya tidak pernah dibaca hari demi hari. Memperbanyakkan membaca berTARANUM AL QURAN dimalam hari serta berzikru kepada Allah Subhanawata'alla.
Sebagai panduan Qari ada sediakan untuk umum perkara perkara kelebihan ke atas orang yang membaca Al-Quran itu ialah :-
1. Ganjaran satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, dan juga dikatakan akan mendapat ganjaran sebatang pokok di syurga.
2. Akan selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
3. Pada hari kiamat Al-Quran menjadi pembela.
4. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
5. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
6. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Salihin.
7. Jika dibaca di dalam rumah akan memberi cahaya kepada rumah itu.
8. Seutama-utama manusia ialah mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran Al-Quran.
9. Mempelajari dan membaca Al-Quran akan mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
Oleh itu jadikanlah amalan membaca Al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini akan tetapi sebagai amalan harian kita selaku umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mudah-mudahan kita mendapat ganjaran dan kelebihan dari Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang pernah dijanjikan.
Tafsirnya :
âSesungguhnya orang-orang yang selalu mambaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terangan, mereka dengan amalan yang demikian mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugianâ.
Posted at 09:34 pm by 786qari
Permalink
Oct 10, 2005
KETIBAAN QARI QARI MESIR UNTUK MEMPERDENGARKAN BACAAN TARANUM AL QURAN DI SINGAPURA PADA BULAN RAMADAN
Qari bersyukur pada hari ini di bulan yang mulia bulan Ramadan, Qari dapat menunaikan ibadat shalat tarawih di Masjid Ba'alwie. Qari juga rasa bersyukur dan bertuah pada malam ini tanpa disangka, Qari berpeluang mendengar bacaan TARANUM AL QURAN oleh QARI MESIR iaitu SHEIKH RAMADAN YUSUF MUTTAWE.
Selepas sahaja shalat tarawih habis, Imam Masjid Ba'alwie iaitu Habib Hassan Al Attas mengumumkan bacaan Sheikh Ramadan. Begitu merdu dan lunak sekali bacaan Sheikh Ramadan membuat semua jemaah terlayang khusuk dengan alunan TARANUM AL QURAN bermula dengan lagu bayati, rast dan diikutiolaeh lagu nahawand.
Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Al Qur'an ini memberi pertunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang orang mukmin yang membuat kerja kerja kebajikan bahwa bagi mereka upah yang besar."(Al Israak 17 Ayat 9)
Qari dapati malam itu masjid penuh sesak unutk mendengar bacaan Al Quran oleh Sheikh Ramadan. Sebenarnya pada tahun ini bukan Sheikh Ramadan yang berada di Singapura., tetapi ada dua lagi QARI MESIR yang diundang disini untuk mereka memperdengarkan bacaan bacaan TARANUM AL QUARAN. Mereka ialah SHEIKH MAHMUD dan SHEIKH IBRAHIM.
Qari dapati bahwa Sheikh Ramadan sudah 4 tahun berturut turut datang ke Singapura pada bulan Ramadan untuk beliau memperdengarkan bacaan Al Quran di semerata masjid masjid Singapura. Sipa sahaja yang mendengar bacaan beliau pasti akan terpegun. Bacaannya yang begitu menyentuh kalbu hingga senang untuk Qari mengingati Allah Ta'alla. Qari sendiri suka pada bacaan beliau yang begitu "romantis".
Klik disini untuk mendengar bacaan TARANUM AL QURAN oleh Sheikh Ramadan
Selesai sahaja bacaan Sheikh Ramadan, apalagi Qari pun tanpa buang masa bergegas bersalaman dengan QARI QARI MESIR itu untuk mendapat berkat dan saling memeperkenalkan diri masing masing. Inilah pertama kali dalam hidup Qari bersemuka dengan QARI QARI MESIR dan pertama kali Qari berpeluang mendengar secara'LIVE' mereka berTARANUM AL QURAN.
Untuk pengetahuan semua peminat TARANUM AL QURAN, sesiapa yang berminat mendengar dan ingin membaca dihadapan QARI QARI MESIR ini, silalah datang sendiri ke masjid Ba'alwie pada jam 6.00 petang setiapa hari. Mereka ada mengajar Al Quran sebelum berbuka puasa. Dan anda akan berpeluang mendengar bacaan bacaan QARI QARI MESIR ini setiap hari sebelum berbuka puasa di masjid Ba'alwie.
Selepas sahaja shalat margrib, QARI QARI MESIR in akan bertolak ke masjid masjid di seluruh Singapura untuk memperdengarkan bacaan masing masing. Qari berharap masyarakat di Singapura dapat memberi sokongan moral pada mereka apatah lagi kalau kita memuliakan AHLI QURAN, Qari pasti ganjarannya disisi Allah Ta'alla tiada terkira.
Insyaallah Qari akan memberitahu kepada semua dimanakah Sheikh Ramadan, Sheikh Mahmud, Sheikh Ibrahim akan memperdengarkan bacaan mereka seberapa mungkin.
Bagi sesiapa yang ingn maklumat selanjutnya, harap terus berjumpa dengan protocol protocol masjid Ba'alwie.
Dari itu marilah kita sama sama memuliakan QARI QARI MESIR ini dibulan Ramadan supaya kita mendapat berkat dan rahnmat disis Allah Ta'alla. Amin.
Posted at 01:45 pm by 786qari
Permalink
Oct 5, 2005
PERGINYA SYAABAN DATANGNYA RAMADAN

Allah berfirman dengan maksudnya:
"Hai orang orang beriman, diperlukan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diperlukan atas orang orang yang sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa. ( Surah Baqarah 2 Ayat183).
Alhamdullillah, Qari bersyukur dipanjangkan umur hingga kehari ini dapat kembali menyambut bulan Ramadan yang mulia penuh barkah ini. Marilah kita bersama sama memperbanyakan ibadah kita dimalam hari seperti BERTILAWAH AL QURAN, berzikir memuji Allah, bertahajjud, sedekah dan lain lain amal kebajikan.
Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan bulan yang mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan rasulNya. Oleh kerana itu, ibadah yang dilakukan di dalam bulan Ramadan itu mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu wa Taâala. Daripada Salman Radhiallahu âanhu berkata, Rasulullah Shallallahu âalaihi wasallam berkhutbah :
Maksudnya: "Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu perkerjaan kebajikan di dalamnya (bulan Ramadan), samalah dia seperti orang menunaikan satu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu fardhu di dalam bulan Ramadan, samalah seperti orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan yang lain." (Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah)
Rasullullah Sallallahu âalaihi wasallam sendiri di dalam bulan Ramadan meningkatkan berbagai-bagai bentuk ibadah, lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadan. Bahkan diriwayatkan, bahawa Rasulullah Shallallahu âalaihi wasallam pada sepuluh terakhir bulan Ramadan, Baginda bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat yang mana perkara ini tidak dilakukan oleh Baginda di bulan-bulan yang lain. Daripada Aisyah Radhiallahu âanha berkata:
Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu âalaihi wasallam bersungguh-sungguh (mengerjakan amal ibadat) di puluhan yang terakhir (bulan Ramadan), apa yang baginda tidak kerjakan di puluhan terakhir (bulan-bulan) yang lain."(Hadits riwayat Muslim).
Adapun sebab penekanan dan peningkatan yang dilakukan oleh Rasulullah dalam melakukan ibadat di sepuluh terakhir bulan Ramadan ini ialah ada hubungkaitnya dengan satu malam iaitu malam Lailatulqadar.
Malam Lailatulqadar adalah suatu malam yang paling utama di antara malam-malam yang ada di bulan Ramadan bahkan sepanjang tahun. Ia adalah malam yang penuh keberkatan dan mempunyai keistimewaan. Melakukan amal ibadat di malam tersebut adalah lebih baik ganjarannya dari melakukan amal ibadat selama seribu bulan.
Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3:
"Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan."
Manakala diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu âanhu daripada Nabi Shallallahu âalaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa mengerjakan ibadat di malam Lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan keredaanNya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."
Menurut Jumhur ulama, malam Lailatulqadar itu berlaku di salah satu malam sepuluh yang terakhir bulan Ramadan dan besar kemungkinan ianya berlaku pada malam berangka ganjil di antara malam-malam yang sepuluh itu. Ini adalah berdasarkan daripada riwayat Abu Saâid Al-Khudri Radhiallahu âanhu berkata, Rasulullah Shallallahu âalaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Maka kamu carilah Lailatulqadar itu pada sepuluh terakhir (bulan Ramadan) dan carilah ia pada tiap-tiap malam yang ganjil." (Hadits riwayat Bukhari).
Qari berharap marilah kita sama membela ibadat kita supaya kita menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh. Selamat menunaikan ibadat puasa. Amin.
Posted at 10:02 pm by 786qari
Permalink
Sep 22, 2005
JOHAN QARI DAN QARIAH TILAWAH AL QURAN ANTARABANGSA MALAYSIA KE 47

"Sebagaimana juga Kami mengutus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk menyucikan kamu, dan untuk mengajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu."(Surah Al Baqarah 2 Ayat: 151)
Salam sejahtera pada semua agar sihat sihat selalu. Qari baru baru ini ada menyaksikan TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA KE 47 dikaca TV. Nasib baik kerajaan Malaysia ada siarkan "LIVE" untuk peminat peminat TARANUM AL QURAN. Bolehlah sesiapa yang berminat dalam bidang TARANUM menyaksikan Qari dan Qariah dari pelbagai negara Islam mempersembahkan bacaan bacaan mereka.
Johan Qari disandang oleh QARI INDONESIA, Indra Gunawan 27 tahun dan bahagian Qariah pula disandang oleh QARIAH MALAYSIA iaitu Puan Faizah Mohd Husain 31 tahun. Syabas untuk mereka berdua kerana dapat mengharumkan negeri masing masing.
Bagi johan Qariah, Puan Faizah Mohd Husain, 31, menyifatkan kejayaannya menjadi johan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-47, malam kelmarin, sebagai penguat semangat untuk merealisasikan cita-cita membuka kelas al-Quran.
Beliau yang pertama kali mewakili negara pada majlis tilawah peringkat antarabangsa berhasrat untuk mengembangkan ilmu al-Quran di kalangan remaja dan kanak-kanak.
âSaya juga bersyukur berjaya mengharumkan nama negara dan kejayaan ini ingin saya kongsi bersama rakyat Malaysia. Saya berharap kita akan terus berusaha ke arah memartabatkan kitab suci al-Quran,â katanya.
Anak kelahiran Kelantan yang dibesarkan di Grik, Perak dan kini menetap bersama suami di Cheras adalah guru al-Quran kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau turut bertugas membimbing jemaah masjid sekitar Hulu Langat.
Faizah yang mendalami ilmu taranum daripada ibu bapanya tidak menyangka usaha gigih berlatih memperbaiki bacaan dari semasa ke semasa membolehkannya mengalahkan 28 qariah lain walaupun mengakui saingan begitu sengit.
Dengan kemenangan itu, beliau menerima hadiah wang tunai RM15,180, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut berangkat ke majlis berkenaan, Permaisuri Terengganu, Permaisuri Nur Zahirah.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin serta Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Majlis tilawah selama seminggu berakhir malam kelmarin, menyaksikan 69 peserta memperdengarkan bacaan masing-masing.
Peserta dari Indonesia yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir di Jabatan Agama Islam Riau, Indra Gunawan, 27, yang diumumkan sebagai johan qari pula, gembira kerana berjaya mengharumkan nama negaranya pada majlis tilawah kali ini.
Beliau yang tidak menyangka penyertaan kali pertama itu bakal membawa kejayaan dan berkata, sebagai peserta hasrat untuk menang memang ada.
Bagaimanapun, apabila melihat kepada kehebatan qari lain terutama dari Iran dan Mesir, keyakinannya sedikit tergugat.
âSaingan memang hebat,â katanya yang sebelum ini muncul johan tilawah di Riau.
Indra yang baru melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Titin Sundari pada 19 Mac lalu, berhasrat meneruskan minat mendalami teknik pembacaan al-Quran dan mengembangkan ilmu kepada mereka yang berminat mempelajari al-Quran.
Naib johan qari dimenangi peserta dari Mesir, Mohamad Ali Mahmoud Farag, manakala tempat ketiga, Saleh Athari Farid dari Iran.
Naib johan qariah ialah Samiha Talonding dari Thailand dan tempat ketiga milik peserta Filipina, Raida Bansil Maglangit.
Naib johan pula menerima hadiah wang tunai RM11,400, cenderamata dan sijil penghargaan. Tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM7,600, cenderamata dan sijil penghargaan.
Semoga mereka berdua maju jaya dalam bidang TARANUM AL QURAN dan teruskan dengan cita cita dan perjuangan masing masing. Amin
Posted at 11:37 pm by 786qari
Permalink
Aug 26, 2005
JOHAN QARI DAN QARIAH PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN KEBANGSAAN MALAYSIA 2005
Johan Qari dan Qariah Tilawah AL QURAN PERINGKAT Kebangsaan Malaysia YANG KE-48 Tahun 2005

Baru baru ini, Qari ada saksikan pertandingan TILAWAH AL QURAN peringkat kebangsaan MALAYSIA yang ke 48 di adakan di TERENGGANU. Qari juga perasan kebanyakkan daripada mereka semua adalah muka muka baru dan muda muda belaka. Qari dapati ada sedikit perubahan pada segelintir QARI DAN QARIAH yang cuba membuat perubahan dari segi TARANUM mereka.
Maka johan pada malam tersebut ialah Qari Perlis, Pisol Yusob, 35, muncul johan qari Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan ke-48 yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, (Kustem), Kuala Terengganu, malam Khamis lalu. (18 Ogos).
Pisol yang juga Pembantu Hal Ehwal Islam di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis pernah beberapa kali menyertai tilawah peringkat kebangsaan mengumpul 77.67 markah membolehkan dia menerima wang tunai RM10,000, perbelanjaan menunaikan haji, piala pusingan, piala iringan, cenderahati, dan sijil peyertaan.
Faizah Mohd Husain, 30, guru Al-Quran dari Selangor pula dipilih sebagai johan qariah dan memperoleh 76.33 markah membawa pulang hadiah yang sama.
Kemenangan itu membolehkan mereka mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Dalam majlis itu juga, Perak diumumkan sebagai johan keseluruhan tilawah dengan mengumpul 76.33 markah dan membawa pulang piala pusingan.
Seramai 28 qari termasuk qariah dari seluruh negara menyertai tilawah selama lima hari bermula Ahad (14 Ogos) lalu bertemakan Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah.
Hadiah disampaikan Menteri Besar Dato` Seri Idris Jusoh. Hadir sama , Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato` Dr Abdullah Md Zin dan beberapa exco kerajaan negeri.
Posted at 10:16 pm by 786qari
Permalink
Aug 10, 2005
PERGINYA SEORANG PENDAKWAH AL QURAN YANG ULUNG: SHEIKH AHMED HUSSEIN DEEDAT
Perginya TOKOH PENDAKWAH AL QURAN yang TERKENAL DI SELURUH DUNIA ISLAM iaitu SHEIKH AHMED HUSSEIN DEEDAT yang meninggal dunia pada usia 87 tahun di Afrika Selatan awal kelmarin kalau tak silap Qari pada awal 7 Aug 2005.
Beliau adalah pengasas Pusat Dakwah Islamiyah(IPCI). Sejak 1996, beliau diserang penyakit angin ahmar dan didapati lumpuh sepanjang sembilan tahun lamanya. Sepanjang tempoh tersebut, beliau terus tetap berdakwah menegakkan Al Quran.
Menurut anaknya, Encik Yusuf Deedat, kepergian ayahnya merupakan kehilangan besar bagi umat ISLAM DUNIA kerana beliau seorang pendakwah dan perdebat handalan dan sukar untuk dicari penggantinya.
Allahyarham SHEIKH AHMAD HUSSEIN DEEDAT dilahirkan diSurat India pada 1 Julai 1918 dan kemudian beliau berhijrah ke Afrika Selatan. Pada usia mudanya, beliau adalah seorang pelajar yang bijak dan selepas membaca buku IZHARUL HAQ(PENDEDAHAN KEBENARAN)iaitu buku tentang perdebatan dengan mubaligh Kristien, beliau terdorong untuk menjadi pendakwah Islam menegakkan kitab AL QURAN.
Bagi Qari, beliau adalah seorang TOKOH ISLAM YANG sebenar sehingga akhir hayatnya beliau masih memperjuangkan bidang yang beliau ceburi. Perjuangan beliau memberi Qari inspirasi untuk Qari sendiri memperjuangkan bidang Qari iaitu menarik minat manusia suka membaca
TARANUM AL QURAN
Mari kita sama sama berdoa agar roh beliau dicucuri oleh Allah Ta'alla. AL FATEHAH.........
Posted at 03:59 pm by 786qari
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
NAMA: QARI PEMBACA AL QURAN TINGGAL: BARAT SINGAPURA UMUR: PERTENGAHAN 30'AN STATUS: BERKAHWIN PERKARA DIGEMARI: GILA MEMBACA AL QURAN, GILA MENDENGAR QARI QARI MESIR, ARAB, ANTARABANGSA, SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA, TIMUR TENGAH, GILA BERTARANUM AL QURAN, MENULIS TENTANG SENI LAGU LAGU TARANUM AL QURAN, MENUNTUT DENGAN GURU GURU TARANUM AL QIRAN, BELAJAR TARANUM AL QURAN, MENONTON TILAWAH AL QURAN ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN, MENGUMPUL BOIGRAPHY QARI QARI MESIR, ARAB DAN QARI TERKENAL, LAGU LAGU MESIR ARAB,LAGU LAGU QASIDAH, LAGU LAGU TARANUM TAUSHEH DAN BANYAK LAGI YANG BAIK BAIK. PERKARA DIBENCI: LEPAK TAK BUAT APA
PERKARA DIGALAKKAN: INGIN MEMBUKA MATA MASYARAKAT SINGAPURA, MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA SUPAYA BACALAH, DENGARLAH, BERTARANUMLAH AL QURAN DENGAN LAGU ARAB DAN LAHJAH ARAB. SUPAYA AL QURAN ITU MENJADI BUDAYA ISLAM DI DUNIA.
PERKARA TIDAK DIGALAKKAN: BUDAYA BARAT, PERGI PICNIC BERKELAH HUJUNG MINGGU, MAKAM ANGGIN LUAR NEGERI, SHOPPING SHOPPING, KARAOKE MACAM JEPUN DAN SEMUA YANG ADA KENA MENGENA DENGAN BUDAYA BARAT( MAT SALLEH, ORANGPUTIH, INGGERIS)
QARI MENULIS BLOG INI UNTUK MENYERU MASYARAKAT ISLAM MEMEBELA KITAB AL QURAN DENGAN CARA BERTARANUM AL QURAN, MEMULIAKAN QARI QARI AL QURAN BAIK QARI MESIR, ARAB, MELAYU, CINA, INDIA YANG BERAGAMA ISLAM . SESUNGGUHNYA JIKA KITA MEMULIAKAN KITAB AL QURAN DAN PEMBACA PEMBACA AL QURAN, BANYAK PAHALANYA SEPERTI BANYAK DALAM FIRMAN FIRMAN DAN HADITHS
ALLAH BERFIRMAN
"SESUNGGUHNYA ORANG ORANG YANG SELALU MEMBACA AL QURAN KITAB ALLAH, MENDIRIKAN SEMBAHYANG, MENAFKAHKAN DARI REZKI YANG ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA MEREKA SECARA DIAM DIAM ATAU TERANG TERANG, MEREKA MENGHARAPKAN SATU PERNIAGAAN YANG TIDAK PERNAH RUGI." (AL FATIR A:60)
ALLAH BERFIRMAN
"HAI ORANG ORANG BERIMAN, JANGANLAH HARTA HARTA KAMU DAN ANAK ANAK KAMU MELALAIKAN KAMU DARI BERZIKIR MENGINGATI ALLAH. BARANG SIAPA YANG MEMBUAT SEDEMIKIAN MAKA MEREKA ITULAH ORANG ORANG YANG RUGI." (MUNAFIKUUNN A:9)SABDA RASULULLAH S.A.W:
"SEUTAMA-UTAMA IBADAT UMMATKU, IALAH MEMBACA AL QURAN"
" "SEBAIK BAIK DIANTARA KAMU IALAH MEREKA YANG MEMPELAJARI AL QURAN DAN MENGAJARNYA." ( HADITH BUKHARI)
DOAKU
YA ALLAH ENGKAULAH TUHANKU, AKU BERSUMPAH DAN MENGAKU YA ALLAH, ENGKAULAH TUHAN YANG KU SEMBAH, ENGKAULAH YANG MENJADIKAN AKU, AKU ADALAH HAMBAMU,
AKU ADALAH TETAP DIATAS
YANG MEYEMPURNAKAN JANJI
TERHADAPMU, SEKUASAKU.
DAN AKU MENGAKU DOSA DOSAKU, MAKA YA ALLAH AMPUNILAH AKU, SESUNGGUHNYA TIDAK ADA YANG MENGAMPUNI SEGALA DOSA DOSA MELAINKAN ENGKAU ALLAH, OH TUHAN MAHA PENGAMPUN.
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
AL QURAN LINKS
SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'
ASWATAISLAM
ISLAMWAY ISLAMCITY
LAGU ALQURAN
MUSIC DAN SENI ALQURAN
QARI MELAYU
IKHLASBAIK
QARI SINGAPURA
HARUN YAHYA
SAHABAT BLOG
Jiwaapa, Zamanini, Bobooi, Asalaku, Boleh, Modnoy
EFx2, Kawanku, LaguHidup Mamz99, MohdKawan, Nuh, Peminat, Terang Tilawah, Berani, Ampun, Ariff66, Orangbaru's, Qari
DakwahHati, Kalbu, Masmerah, BisikanHati, IbadahKu
Mar70, Basita, QQari67, CyberMukmin, MayangSari
Menjel, KataKami, Sariah, Adikcomel, PakUda
Raszain, Nonleo, Zu408, Ncc
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |